Tuesday, October 13, 2009

:: Cari Pasangan .....:::



:: Bila 2 hati dah terjalin... Selamat pengantin kami doakan..
Semoga redha Allah bersinar selalu...
Tanda bermula BAHTERA Hidup...


Dalam melayari BAHTERA Rumah Tangga.. Ada masa tenang dan Masa Gelisah
Jangan nafsu diikut melulu....Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia...Tak lari dari ketentuan Ilahi....Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu....Susah dan senang hadapi bersama....Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga...


:: Selamat Pengantin Baru ::

Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'

(Surah Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini.

Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah.
Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir .Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.


Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:

'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... '

(Surah An-Nisa':1)

Mengapa manusia berkahwin?

Perkahwinan itu adalah suatu tuntutan dan mereka yang memenuhinya akan mendapat kurniaan pahala. Tetapi harus diingat dalam membina suatu bahtera maka persiapan diri perlu... Perkahwinan bukan suatu yang disangkakan mudah tetapi ia adalah satu pembinaan yang perlukan kepada perancangan, persiapan diri dan juga persediaan dari segi ilmu pengurusan..

Dalam perkahwinan itu sendiri terdapat peraturan dan terdapat satu perjanjian.. Manusia pada hari ini mudah leka dan mereka sering memandang remeh soal ini .. Bagi mereka apabila nak berkahwin maka perkara utama yang perlu difikirkan adalah perbelanjaan... Kita sebenarnya silap.. Perkara utama dalam membina sebuah keluarga adalah ilmu... Ilmu fardhu ain dalam diri perlulah diperkemaskan...

Asas kekuatan diri Muslim adalah Ilmu.. Ilmu itu penyuluh hidup.. Tanpa ilmu manusia itu akan sesat.. Manusia itu mudah ditindas.. Manusia itu dipandang hina...

Maka perbanyakkan lah hiasi diri dengan ilmu pengetahuan..

Buat teman-teman yang akan menjalani bahtera kehidupan berpasangan maka pena ucapkan tahniah ... Semoga kekal bahagia hingga ke syurga...

Kepada mereka yang masih mencari jodoh maka pena cuba berkongsi satu hadis yang berkaitan bagaimana nak mencari jodoh.. Sama-samalah kita menghayatinya ......

'Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).


0 comments:

Post a Comment

 

Sezarah Mutiara Hati Suci Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template