Friday, January 15, 2010

:: KEMPEN JIMAT CERMAT ::



Sempena bulan Jimat Cermat .. Kolej Kediaman Nilam Court menjalankan kempen jimat kepada semua penghuni kolej kediaman tersebut. Kempen ini bagi memastikan para penghuni dapat meminimumkan penggunaan keperluan harian dan mengelakkan pembaziran yang saban hari hanya merugikan diri sendiri.

Kempen ini adalah satu permulaan yang baik bagi memastikan budaya jimat cermat di kalangan mahasiswa dapat disemai dan seterusnya ia memberi manfaat yang begitu banyak sekali..

Rancanglah dalam perbelanjaan seharian.. Elakkan daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.. Di samping itu juga para mahasiswa dapat menyimpan serta menabung. Malah berbelanja mengikut keperluan sahaja. Sesungguhnya Islam melarang Penganutnya melakukan pembaziran kerana ia merupakan satu amalan yang mencorakkan amalan syaitan..

Kami PIMPINAN JAKSA KOLEJ KEDIAMAN NILAM COURT mengharapkan kempen ini sedikit sebanyak mampu memberi kesedaran. Perubahan semuanya terletak di tangan para mahasiswa sendiri. Ia bermula dari kehendak serta kemudian azam.. Kemudian perlu dituruti dengan perbuatan. Dengan itu ia akan memberi satu perubahan yang sangat mendalam dan ada ganjaran yang besar di sisi Allah yang mana sebenarnya ia menguntungkan kita semuanya...

0 comments:

Post a Comment

 

Sezarah Mutiara Hati Suci Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template